📌 Update: lihat keputusan kejohanan: Digital Dodgeball (HADO) Tournament Results: Festival Belia Pahang 2026
11 Julai 2026 | Kuantan, Pahang – Program Pengenalan Sukan Baharu: Digital Dodgeball telah berjaya dilaksanakan di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES), Kuantan sempena sambutan Festival Belia Pahang dan Hari Belia Negara 2026. 🎮
Program ini merupakan hasil kolaborasi antara HADO Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBS Pahang) serta Persatuan Dodgeball Pahang dalam usaha memperkenalkan sukan berasaskan teknologi dan inovasi kepada golongan belia.
Seramai 62 orang peserta telah menyertai program ini dan merasai pengalaman bermain Digital Dodgeball (HADO) yang menggabungkan sukan fizikal dan teknologi Augmented Reality (AR). Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para belia serta pengunjung.




Lihat Semua Gambar di Facebook →
Diharapkan program seumpama ini terus menjadi platform melahirkan lebih ramai bakat baharu serta meningkatkan minat masyarakat terhadap sukan digital di Negeri Pahang. HADO FIGHT!
In English
On 11 July 2026, the New Sport Introduction Programme: Digital Dodgeball was held at the Main Hall of KOMBES, Kuantan, as part of Festival Belia Pahang and Hari Belia Negara 2026. Organised by HADO Malaysia, JBS Pahang and Persatuan Dodgeball Pahang, it gave 62 participants their first taste of Digital Dodgeball (HADO), which combines physical sport with Augmented Reality technology.