KUALA LUMPUR
08 December 2025 – Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) menaruh harapan tinggi kepada pemain negara untuk menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri bagi memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia 2026.
Presiden MAD, Datuk Radha Krishnan berkata, beliau melihat ini adalah peluang terbaik buat skuad negara mengulangi pencapaian muncul juara dunia, walaupun menyedari ia bukan tugas mudah kerana persaingan cukup sengit daripada negara bertanding.
Article Source From: Harian Metro | Foto: BERNAMA